Friday, July 3, 2009

MASA DEPAN...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

terpanggil dengan melihat adik2 kita pada hari ini. teringin rasa nyer ingin berkongsi pengalaman dengan semua...

pada hari Rabu (1.7.09) aku telah berpeluang untuk mengikuti program motivasi di sebuah sekolah di selatan tanah air.. sebagai sukarelawan YNY tersangat la aku berminat dan bersemangat utk bersama2 menjayakan program ini. tetapi bkn ini yang nk aku ceritakan.

tetapi isi kandungan daripada program ini kepada adik2 kiter yang akan menduduki PMR dan SPM. Mungkin bagi kiter di zaman persekolahan dahulu, program motivasi adalah program yg sangat2 dinantikan kerana bukan seja waktu ini x perlu ke kelas, tp kiter akan mendapat satu input atau suntikan semangat yang baru untuk menghadapi peperiksaan yg bakal tiba.

Tetapi lain plak citernyer bagi adik2 kiter sekarang ini.

Sepanjang program ini, adik2 kiter hanya bersembang, cuba anda bayangkan apabila anda memberi motivasi di hadapan, tetapi adik2 dihadapan anda hanya bersembang tentang masalah mereka sendiri..yang x pernah ader penghujungnya. bukanlah menuding jari kepada semua adik2 yg mengikuti program ini... tetapi yg duduk dihadapan penceramah pun bleh bersembang..macam mana tu?

seterusnya, borang kaji selidik di edarkan.. this is the best part of the program. secara rawak aku membaca hasil kerja adik2 kiter nie. dalam borang ini adik2 diminta menceritakan tentang masalah mereka... byk gak jawapan yang telah dijangka, tetapi mmg terkejut bila dapat melihat jawapan yg luar jangkaan. Yang dijangkakan, masalah rokok, masalah rakan sebaya, masalah kewangan, dan macam2 lagi ar. Tetapi yang diluar jangkaan, mak terlalu garang, ayah tidak bertanggungjawab, ayah memanjakan saya, guru garang , dan macam2 lg.

Adakah kualiti ini yg ader pada adik2 kiter. sudah berani memberi komen kepada ibubapa dan guru? Sungguh mengecewakan...

tetapi aku tidaklah terlau terkejut kerana, aku adalah salah seorang daripada pendidik, walaupn hanya sebagai guru di pusat tuisyen... aku pernah melalui anak murid menjeling, x mahu buat kerja yg di suruh dan macam2 la...

dalam program ini, dapat juga aku berkongsi pengalaman dengan guru dan penceramah jemputan, rupa2nya, inilah situasi yg dihadapi oleh para pendidik di era 'Zon Selesa' bagi adik2 kiter...

Bagi yang beragama islam, hanya ingin berkongsi hasil kajian, kebanyakan adik2 kiter yang melalui hidup yg penuh dengan alasan malas belajar, kepala kusut dan lain2..kebanyakkannyer tidak melakukan solat. Yang lebih dahsyat, ramai jugak yang x tahu nk mengucap.

Jadi, toleh kiri dan kanan, check adik2 dan anak2 kiter...

Bukan ingin menuding jari menyalahkan sesiapa, tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman.

tq

syed2aed
0848HRS
090703