Friday, July 3, 2009

MASA DEPAN...

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

terpanggil dengan melihat adik2 kita pada hari ini. teringin rasa nyer ingin berkongsi pengalaman dengan semua...

pada hari Rabu (1.7.09) aku telah berpeluang untuk mengikuti program motivasi di sebuah sekolah di selatan tanah air.. sebagai sukarelawan YNY tersangat la aku berminat dan bersemangat utk bersama2 menjayakan program ini. tetapi bkn ini yang nk aku ceritakan.

tetapi isi kandungan daripada program ini kepada adik2 kiter yang akan menduduki PMR dan SPM. Mungkin bagi kiter di zaman persekolahan dahulu, program motivasi adalah program yg sangat2 dinantikan kerana bukan seja waktu ini x perlu ke kelas, tp kiter akan mendapat satu input atau suntikan semangat yang baru untuk menghadapi peperiksaan yg bakal tiba.

Tetapi lain plak citernyer bagi adik2 kiter sekarang ini.

Sepanjang program ini, adik2 kiter hanya bersembang, cuba anda bayangkan apabila anda memberi motivasi di hadapan, tetapi adik2 dihadapan anda hanya bersembang tentang masalah mereka sendiri..yang x pernah ader penghujungnya. bukanlah menuding jari kepada semua adik2 yg mengikuti program ini... tetapi yg duduk dihadapan penceramah pun bleh bersembang..macam mana tu?

seterusnya, borang kaji selidik di edarkan.. this is the best part of the program. secara rawak aku membaca hasil kerja adik2 kiter nie. dalam borang ini adik2 diminta menceritakan tentang masalah mereka... byk gak jawapan yang telah dijangka, tetapi mmg terkejut bila dapat melihat jawapan yg luar jangkaan. Yang dijangkakan, masalah rokok, masalah rakan sebaya, masalah kewangan, dan macam2 lagi ar. Tetapi yang diluar jangkaan, mak terlalu garang, ayah tidak bertanggungjawab, ayah memanjakan saya, guru garang , dan macam2 lg.

Adakah kualiti ini yg ader pada adik2 kiter. sudah berani memberi komen kepada ibubapa dan guru? Sungguh mengecewakan...

tetapi aku tidaklah terlau terkejut kerana, aku adalah salah seorang daripada pendidik, walaupn hanya sebagai guru di pusat tuisyen... aku pernah melalui anak murid menjeling, x mahu buat kerja yg di suruh dan macam2 la...

dalam program ini, dapat juga aku berkongsi pengalaman dengan guru dan penceramah jemputan, rupa2nya, inilah situasi yg dihadapi oleh para pendidik di era 'Zon Selesa' bagi adik2 kiter...

Bagi yang beragama islam, hanya ingin berkongsi hasil kajian, kebanyakan adik2 kiter yang melalui hidup yg penuh dengan alasan malas belajar, kepala kusut dan lain2..kebanyakkannyer tidak melakukan solat. Yang lebih dahsyat, ramai jugak yang x tahu nk mengucap.

Jadi, toleh kiri dan kanan, check adik2 dan anak2 kiter...

Bukan ingin menuding jari menyalahkan sesiapa, tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman.

tq

syed2aed
0848HRS
090703

Saturday, June 20, 2009

my place of origin...



Aku adalah seorang anak jati negeri Perak Darul Ridzuan... dilahirkan di Ipoh dan dibesarkan di Sungai Siput (u) dan aku mula keluar dari Sungai Siput pada tahun 1999 apabila aku dapat tawaran untuk belajar di SMT (Pertanian) Teluk Intan.

Hah.. kiter mulakan dari tempat aku dibesarkan. di Sungai Siput ini aku tinggal di teratak yg disediakan oleh arwah abah aku di Kampung Muhibbah...

memulakan penghidupan sebagai budak kampung yang lebih suka bermain daripada belajar.. hahaha..
aku suka main gasing, guli, main jengkeng, kejar2, kejar duduk, konda-kondi, tembak2, perang2, n macam2 lagi...maybe game nie semua bdk2 skang x dapat merasa game yang mcm nie. mmg best permainan nie. at last mesti ader yg jd gadoh. Biasa ar, masa tue bdk lagi..
the best part masa aku main mender nie, aku dapat main dengan kawan2 aku yang berbilang kaum. hehehe...
Mula pembelajaran di tadika PASTI pada tahun 1990. Aku meneruskan, pendidikan aku di Sek Ren Keb Methodist Sg Siput dan diteruskan ke Sek Men Keb Methodist Sungai Siput sehingga tahun 1999.
Byk gak tempat menarik di kampung aku nie...ader kawasan perkelahan diatas bukit ( x ramai pegi ). Tempat memancing, kawasan bersejarah pn ader.. ( tempat komunis di tawan )...
sehingga hari ini aku, aku masih pulang ke kampung halaman aku nie dan aku xkan luperkan tempat aku memulakan penghidupan aku ini sampai biler2...

syed2aed
1354
090620
saturday

Thursday, June 18, 2009

my intro....

Assalamualaikum n salam sejahtera to all blogger...
pertama kali aku menaip di dalam blog ini.. x terhingga rasanyer..
terima kasih kepada bro knie yg bertanggungjawab membawa aku ke dunia blogger ini.
first, i wanna introduce myself..
Syed Bazli Fikri @ lebih dikenali sebagai syed2aed ( dalam forum2 yg berkenaan )
dalam dunia internet ini aku byk menghabiskan masa di dalam forum2 seperti duniaRC.com, malaysia-rc.com, superbikemalaysia.com dan msportbike.com....


di sini aku just nak berkongsi cerita tentang kehidupan dengan anda semua...
aku salah seorang makhluk tuhan yang dicipta supaya x boleh duduk diam...
ader saja aktiviti yang perlu dilakukan demi memenuhi kehendak diri..
berpegang dengan prinsip " hidup sekadar memenuhi keperluan, x kan hadir kepuasan " aku terus berpijak di dunia ini dengan berbagai aktiviti....
dalam bidang sukan... aku berminat dalam sukan sepak takraw. Pernah mewakili Politeknik Seberang Perai dan kapten pasukan pada tahun 2004, minat ini aku teruskan sehingga kini...
aku seorang peminat kenderaan beroda dua, motorsikal berkuasa tinggi adalah minat aku. Walaupun belum punyai motorsikal berkuasa tinggi, aku telah memulakan minat ini dengan menyertai kelab motorsikal berkuaa tinggi (anonymous bikers) dengan semangat ingin menimba ilmu dari abang2 yg berpengalaman mengendalikan jentera ini. Dengan harapan, ilmu yg ditimba akan digunakan apabila aku memiliki jentera ini...
The most interesting about me rite now...is my hobby...
Dipendekkan cerita, aku salah seorang RC plane pilot (juruterbang kapal terbang kawalan jauh).
Hah..mungkin ader yg tertanya2, aper benda hobi aku nie? sabar2...kita kupas lg hobi ini nnt...
eh...luper nk mention satu lagi.
Aku salah seorang sukarelawan Yayasan Nurul Yaqeen. Aktiviti dan ilmu yg aku timba daripada menjadi sukarelawan ini adalah x ternilai...aku dapat menyertai program bersama pemimpin negara, dan byk lagi..herh...kalo nak cerita kat sini x abis nnt..kiter sambung nnt.
Perkara yang paling penting, Aku adalah seorang pelajar salah sebuah IPTS di negara ini.
Management & Sciences University (MSU) nama institusi pengajian aku. Alaaa...kat seksyen 13 Shah Alam...
Ok...that all that i can share with all of u for this time.. see ya in the next post...before i go, heresome pictures for all of u...







Adios..
syed2aed
2145
090618
Thurs